Memang dah pagi sangat masa taip ni jam menunjukkan dah nak masuk pukul dua setengah. Sori posting kali ni rasa nak berjiwang jiwang sikit. Nampak tajuk je pun dah boleh agak kan.
Hujan atau dalam bahasa omputeh dia Rain. Bukan Rain Bi korea tu eh... Jangan memandai memandai salah tukar. Entri ni rasanya takde nak berbahasa omputeh langsung sebab nak luahkan perasaan serba serbi atas papan kekunci ni. Moga moga takde typo atau error yang terpampang di monitor komputer.
Apa apa pun, hujan merupakan salah satu kegemaran aku sejak kecik lagi. Agaknya dah nama manusia kan... Keras macam mana pun nampak dari luar dalam hati ada taman bak kata orang orang melayu ni. Rasanya bukan taman je dalam hati ni, dah jadi belukar dah pun. Minat dekat hujan melekat bila aku sendiri sedar yang bunyi titisan hujan tu sendiri menenangkan jiwa aku ni. Bau dia pun menarik aku ke dunia sendiri. Kalau tak percaya, boleh la cuba hayati hujan tu sendiri. fevret aku time hujan ni aku akan pakai headphone atau earphone lepas tu tekan highest volume pasang lagu yang jenis slow. Tengok tengok bukan setakat menitik air hujan je tapi air mata sendiri pun menitik. Tapi tak jadi masalah sebab lepas tu kompem hati ni rasa lega.
Siapa siapa yang terlampau stress sangat kat luar tu boleh la cuba cara ni, Insyaallah berkesan. takpayah dah nak buat percubaan bunuh diri tu.
Hujan ni satu lagi, tiap tiap hujan aku tak tahu kenapa. Tapi kebanyakannya aku akan teringat masa masa aku yang sebelum ni, yang aku sendiri pernah menyesal dengan tindakan aku yang kurang bijak ni. Terlampau banyak kesilapan dan langkah yang salah aku buat. Macam macam hubungan, macam macam benda dah rosak. Kalau ada mesin undur masa dah pasti aku lah orang pertama yang pakai dulu. Cuma aku fikir ni je, setiap yang berlaku tu Allah dah rancang awal awal. Dah pasti ada hikmahnya kan. Manusia ni pun tak lari daripada kesilapan. Kita ni sekarang perlu betul betul mencorak masa hadapan supaya tak salah masuk ke lubang kegelapan.Then, menunggu untuk tengok apa yang akan berlaku nanti :)
P/s: O Allah, thanks for the gift (rain).
*
No comments:
Post a Comment