Monday, March 30, 2015

I love u from the bottom of my heart

So here where i start back again. Its 2:24 am while hearing paramores'.

Done a short vacay dengan my f2p1 matriculation's family dekat Langkawi.
Actually benda ni berlaku dengan tiba2 je dan sangat last minute. And its actually happened!!
I felt that all this things mcam mimpi je. Like a whole new world.

Firstly, me agreed pergi but i just told my mom je. My dad i just kept quiet from him. Takut dia x bagi pi, haha last last dia tahu gak cuz my mom bocorkan rahsia. LOL.

Bawak maza sekali so ada teman pergi balik kan, Kena pulak time tu flight murah Alhamdulillah rasa bertuah sangat.

3 days 2 night
Pilih tiket paling awal pergi dan paling lambat balik, sebab apa? sebab nak luangkan masa semaksimum mungkin.
walaupun i do know that aku mungkin rasa yang paling sedih, one by one left me behind.
Sangat2 tak sabar nak jumpa mereka and sangat2 rindu mereka especially depa yang tak jumpa langsung lepas habis matriks.
Almost 3 tahun kan.
Hurm cepat masa berlalu dengan cepat.
Half dari f2p1 berjumpa. tapi tak pernah regret sebab aku percaya next vacay utk 2nd reunion lagi ramai yang ikut.
Awkward first jumpa dan sangat terkejut sebab well aku nampak perbezaan untuk perjumpaan kali ni dan first time aku jumpa mereka. Sebab aku dapat rasa bila diorg takde. Rasa kosong.
3 tahun kot.

Flight jumaat tengah hari,
berangkat dari rumah pukul 10.30 hari jumaat tu.
Malam sebelum tu aku tidur pukul 3 sebab banyak sangat kerja dan sangat excited then kemas barang, kemas bilik masa tu jugak.
Bangun pkul 6 tapi tak rasa mengantuk lagipun teringat ada member dah sampai airport langkawi.
Makin dekat masa dia rasa makin excited.
Pagi tu tak lalu makan sarapan.
Tak tahu kenapa.
Sampai KLIA tunggu Farah pulak dari ERL.

Naik flight,
flight delay kejap lepas tu macam ada problem.
Masa mas terbang, dia langgar awan tebal agaknya,
rasa dia jatuh sikit tiba2.
Maza kat sebelah dah takut hurm.
Aku pun takut tapi cover sebab kalau aku takut gak nanti maza lagi kesian.
Time tu teringat mati, teringat kawan2 semua.
Takut tak sempat jumpa.
Alhamdulillah doa termakbul
Nothing serious happened.

Lepas selamat sampai Langkawi.
Pae dah ada, makan lepak makan lepak je kerja.
Tunggu sampai mereka dari feri datang.
Tapi kami naik teksi, kesian kat mereka nak ambik kami sebab airport dgn hotel jauh.

Malam tu makan ramai2
Nampak muka masing masing happy jumpa.

2nd day ada island hopping.
Kitorang yang paling awal.
And timing time tu semua kena.
Eventhough bilik kami always takde air kan tu je la masalah dia.
Petang pergi HIG pulak shopping coklat.
haha.
Tapi x de la beli byk sgt kan.
Malas nak tulis panjang2 detail
Tapi kiranya schedule kami sangat pack.
Everyday aku tidur pkul 3 bangun 6.30

Final day,
patutnya diorg semua balik awal pagi
tapi ada yang sanggup balik petang.
Yang lain busy terpaksa balik awal.
Widad balik paling awal tak sempat jumpa.
Dah start rasa lain time tu.
Yang balik zyma, zurin, farah ,julah and nijey.
Rasa dia mcm butterfly in stomach tembus keluar through my abdomen tissues.
Tahan je la.
Pergi hantar depa sampai jeti.
Kami yang tinggal pergi oriental village, naik kabel car.
Time tu rasa nak stop je masa.
Aku doremon kot tapi takde poket ajaib.
Doremon useless.
haha.

Balik singgah pantai,
lepastu pergi HIG balik sebab ada yang tak beli coklat lagi.
Makan sekali buat the last time.
Still boleh melawak walaupun hati sedih.

Hantar diorang,
Sue Aiman Ifah Luqman.
Hantar kat luar ja,
tp lastly kejar diorg
ala2 macam drama tu.
Tapi drama semua tipu.
Tak sempat pun jumpa depa dah pergi.
Hati rasa ada lubang besar macam blackhole sebab ada tombak tembus.
Haih makin teruk metafora dia.
Aku maza pae je la tinggal
Flight delay pulak.
Agak2 aku nangis tak?
haha
............
Nangis dalam flight je la, tak nak bagi sapa2 nampak.

Macam kejap sangat.
Baru semalam ada 13 orang semua.
Sekarang aku sorang je tinggal dalam bilik ni
ditemani laptop dan henpon.

Yang paling penting, short vacay kali ni buat aku sedar still ada orang masa aku jatuh bangun.
Depa tak buang aku macam sesetengah yang lain.
Masa aku rasa down dan sangat down.
Berhenti UMS dan lagi rasa sangat tak layak dengan mereka.
Tapi mereka ada disisi aku dan bagi semangat kat aku.
Sayang aku kat mereka bertambah tambah tak kira.
Terharu, suara2 mereka masih terngiang2 lagi dalam kepala aku.
Insyaallah kita together sampai Jannah kay.
Sentiasa doa kat korang.
Sebab aku sayang korang from the bottom of my heart.



Zaman muda2 dulu haha


Zaman sekarang semua dah tua tua

P/s: Esok dah start gst, harap makin kurus

Monday, February 16, 2015

Cuti dan cuti

Bila aku cuti yang paling lama antara kawan aku lebih lima bulan.
Aku pun dah mula rasa malas nak blogging.
hihi.
Habuk tepu merata2 dekat blog ni.
Tapi tade hal punye lah.
Walaupun follower hanya 4
Walaupun haters aku segunung
Tade hal punya lah
Bila aku nak luah kat sini
atau bila orang benci aku membuta tuli
Tade hal lah bro
cause im only humannn #christinaperri
haha
Kay abaikan carutan
Everybody dah dapat result depa utk final sem lepas.
Alhamdulillah mana yg berjaya
yang tak berjaya boleh cuba lagi
atau ulang sem lagi
chooiii
Taklah ulang sem tak lah
*walaupun aku nak start balik 1st year*
Tade hal lah
Best of luck kita semua

p/s: aku baru habis tgok rurouni kenshin tiga2 episod. envy betol lah n best siot cerita. hurm kenangan anime kecik2 dulu.


Thursday, December 18, 2014

Diet pt2

Assalamualaikum selamat malam guys

Blog macam dah berhabuk sikit iya lah lepas balik dari kampung terus entah dari mana datang perasaan malas nak post.
Anyway, masa balik kelantan dapat la maintain berat, tapi masa balik johor uihhhh naik sekilo. So, last diet turun 3kg but now kira 2kg jelah sebab naik balik kan sekilo tu.
Lepas tu stress punya stress dekat insta ada sorg akak ni tulis pasal diet atkins.

Apa itu diet atkin?

Diet atkin adalah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.


Ok itu secara ringkas je lahh.. Nak tahu lagi pasal diet ni boleh search kat google. Pendek kata masa diet atkins ni semua makanan tinggi karbohidrat dan tinggi gula tak boleh makan. Biasanya aku diet biasa yang rendah lemak dan makanan tinggi karbo macam nasi, mee, bihun dan seangkatan dengannya. Tapi tu kena rajin jogging kalau nak turun banyak. Diet atkin ni tak perlukan senaman cuma rajinkan badan bergerak macam buat kerja rumah ke, atau jalan kaki banyak banyak.

Kalau kira hari ni dah masuk 3 hari aku diet. Dah turun 2kg. Ada org buat diet ni turun sampai 5kg seminggu. Nampaknya buat masa ni diet atkin sesuai dengan badan aku. Aku buat diet atkin ni untuk cabar diri aku dalam masa sepuluh hari. Kita tengok berapa banyak yang turun. Lepas sepuluh hari jadual pemakanan dah tak seketat 10 hari ni. Segala benda dilarang aku tak sentuh. Minum pun air kosong je wajib sekurang kurangnya 2 liter tiap tiap hari. 

Kalau ada sesiapa nak cuba diet ni ke atau nak kuruskan badan, kena search betul betul dan buat jadual okay. Nanti lepas 10 hari I will update my latest weight here ok :D

P/s: Dah turun 4kg semenjak balik dari haji haritu. Nak turun at least 6kg lagi.

Tuesday, December 9, 2014

Him

Assalamualaikum n happy wednesday mornimg guys.

Macam biasa la..
I likely to have an idea just about this time.
Well actually, I'm still at my mom's hometown and guess what. Lampu bilik ni sebenarnya dah tutup and i'm typing in a dark room. Really dark. Rarely see the light. Maybe about 1% i guess.




Anyway, the title state 'him'.Who is him? I dont know. Right. I dont even met one. I mean that aku ni mana pernah bercinta ke hapa. Yep, this about 'him' that I will love until jannah of course. Terus terang nak cakap. Bukan aku tak pernah jatuh cinta. Rasanya ada la beberapa kali I like or even love someone. But. oh well semua tak menjadi. Sakit tu bukan aku tak pernah rasa. Pernah. It hurt a lot. Cuma kami tak pernah declare or having some romantic relay. Sampai tahap kawan je. They are not meant for me. Maybe that because Allah love me that He doesn't gave me that opportunity. Dah tentu ada sebabnya kan, Yang terbaik buat diri aku. Maybe hanya akan merasa for the first and last time, as a husband and wife. Hopefully.

Sweet:D

Kawan kawan pun ramai yang dah kahwin. Even ada yang dah ada anak pun. Keluarga aku pun tak melarang untuk kahwin awal ni. Aku yakin pada jodoh aku. Insyaallah. Banyak kan doa dan solat bagi mohon petunjuk dan kesenangan. Yang lain kerja Allah. Wallahualam.

P/s: Tahniah buat mereka yang dah ketemu jodoh tu. Yang belum halal tu cepat cepat lah ye. Moga dapat yang soleh solehah dan diterima keluarga masing masing. Amin.

Sunday, December 7, 2014

OURS









"I still remember how we started talking."








"Let's never forget the precious memories we ever had"







Saturday, December 6, 2014

CURIOUS






"Being left behind.......


.......or going away"






"I wonder which is more painful?"




Friday, December 5, 2014

Hujan

Assalamualaikum Selamat pagi u'olls.

Memang dah pagi sangat masa taip ni jam menunjukkan dah nak masuk pukul dua setengah. Sori posting kali ni rasa nak berjiwang jiwang sikit. Nampak tajuk je pun dah boleh agak kan.

Hujan atau dalam bahasa omputeh dia Rain. Bukan Rain Bi korea tu eh... Jangan memandai memandai salah tukar. Entri ni rasanya takde nak berbahasa omputeh langsung sebab nak luahkan perasaan serba serbi atas papan kekunci ni. Moga moga takde typo atau error yang terpampang di monitor komputer.

Apa apa pun, hujan merupakan salah satu kegemaran aku sejak kecik lagi. Agaknya dah nama manusia kan... Keras macam mana pun nampak dari luar dalam hati ada taman bak kata orang orang melayu ni. Rasanya bukan taman je dalam hati ni, dah jadi belukar dah pun. Minat dekat hujan melekat bila aku sendiri sedar yang bunyi titisan hujan tu sendiri menenangkan jiwa aku ni. Bau dia pun menarik aku ke dunia sendiri. Kalau tak percaya, boleh la cuba hayati hujan tu sendiri. fevret aku time hujan ni aku akan pakai headphone atau earphone lepas tu tekan highest volume pasang lagu yang jenis slow. Tengok tengok bukan setakat menitik air hujan je tapi air mata sendiri pun menitik. Tapi tak jadi masalah sebab lepas tu kompem hati ni rasa lega.



Siapa siapa yang terlampau stress sangat kat luar tu boleh la cuba cara ni, Insyaallah berkesan. takpayah dah nak buat percubaan bunuh diri tu.

Hujan ni satu lagi, tiap tiap hujan aku tak tahu kenapa. Tapi kebanyakannya aku akan teringat masa masa aku yang sebelum ni, yang aku sendiri pernah menyesal dengan tindakan aku yang kurang bijak ni. Terlampau banyak kesilapan dan langkah yang salah aku buat. Macam macam hubungan, macam macam benda dah rosak. Kalau ada mesin undur masa dah pasti aku lah orang pertama yang pakai dulu. Cuma aku fikir ni je, setiap yang berlaku tu Allah dah rancang awal awal. Dah pasti ada hikmahnya kan. Manusia ni pun tak lari daripada kesilapan. Kita ni sekarang perlu betul betul mencorak masa hadapan supaya tak salah masuk ke lubang kegelapan.Then, menunggu untuk tengok apa yang akan berlaku nanti :)



P/s: O Allah, thanks for the gift (rain). 
*English sikit*