Saturday, August 31, 2013

KIMCHI :9

Assalamualaikum
untuk entry kali ni rasanya nak kongsi resipi kimchi yg halal punya..
khas homemade buatan air tangan sndiri kayyy...
heheh
ok k..

BAHAN-BAHAN :

-kobis panjang 2 biji (saiz medium)
-1 cawan garam
-2/5 cawan gula
-1/2 cawan bawang putih (jangan byk sgt sebab nanti rasa dye lari)
-1 inci halia
-1/2 cawan tepung beras
-1 biji bawang bombay (bawang besar putih tuu ataupun green onion)
-4/5 cawan sos ikan (kalau x de pakai sos tiram)
-serbuk cili (ikut selera tapi yul letak 2 cawan)
-2 ikat daun kucai
-2 ikat daun bawang
-1 batang lobak merah
-1/2 batang lobak putih

CARA-CARA :

*Step 1: (salting cabbage)

1. Potong kobis. Kobis ni boleh dipotong dengan dua cara iaitu

Memanjang
atau

Dadu

2. Lepas siap potong semua barulah kita cuci bersih2 kobis tu. Sebab kobis tu panjang dan kerja ni lebih memudahkan. Kobis tu mestilah dicuci lebih lama untuk memudahkan proses osmosis kobis. Kalau x salting ni memakan masa yg lebih lama...



3. Tapis kubis elok2 dan kalau boleh jangan membazir. Kobis2 yang dipotong kecik pun boleh digunakan lagi kay :D

4. Kubis yg siap ditapis boleh dimasukkan di dalam besin sbb amount kubis agak byk tapi x perlu risa sbb kubis ni akan mengecut dan menjimatkan ruang.

5. Tabur garam sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata. Kalau terus tuang semua sekali rasa masin kobis tak rata.

Pakai Halagel sebab lebih suci murni halalan toyyibah x gitu?


6. Biarkan selama 2 jam, setiap 30 minit gaul kubis tu.

7. Cuci kubis bersih2 dan toskan

*Step 2 : (kanji)

1. Bancuh 3 cawan air dgn tepung beras tu dalam kuali, bila dah tercampur semua bhn dgn rata barulah panaskan kuali atas api yg perlahan

2. Kacau sebati dan jgn tinggalkan sampai dia jadi likat mcm kanji tu

3. masukkan gula
Likat macam ni haaa

4. Bila dah mendidih, tutup api masuk dalam besin

*Step 3: (kimchi paste)

1. Bawang putih, bawang bombay, halia dan sos ikan dicampurkan dan diblender


2. Bahan2 yang dah di blender di letak dalam besen dan dicampurkan dgn serbuk cili.

guna jenama ni sebab ada cop halal jakim kat situ

3. Daun kucai dan daun bawang dipotong sederhana panjang, lobak putih dan lobak merah dihiris halus2 atau guna sagat pun boleh jugak.


4. Campurkan sayur yang telah dipotong dgn kanji dan bhn2 yg telah diblender dalam besen. 


*Step 4 : (mixing kimchi)

1. Masukkan kobis sedikit demi sedikit dalam kimchi paste dan gaulkan. Kalau letak byk2 nanti susah nak gaul n x rata.


2. Lepas dah siap gaul tu, letak sikit demi sedikit dalam bekas yg kedap udara mcm tupperware ke. Tekan2 sikit supaya takde gelembung udara antara lapisan2 kimchi tu.


3. Lepas tu siap. Tutup ketat2 dan boleh disimpan dalam peti sejuk :D

Dia akan jadi jeruk dan masam2 masa dah ada buih2 kecil kat lapisan atas dan berair sikit


P/s: so, yul buat benda ni semua dekat rumah tapi sekarang da ada kat sabah nak sambung belajar.. huhu
anyway credit to niena sbb yul blajar pun dari blog dia. Thanks a lot kayy..

Tuesday, August 27, 2013

CONTINUE THE JOURNEY



Journey doesn't end yet
it just beginning
how about a new one ?
Yes it should be